Showing posts with label Beauty. Show all posts

4 MAKANAN BAJET TERBAIK UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Ramai yang berfikir bahawa mereka perlu membelanjakan wang yang banyak untuk menurunkan berat badan melalui mendaftar keahlian gym dan juga membeli makanan tambahan yang mahal. Namun, salah satu cara terbaik untuk mengekalkan berat badan anda adalah melalui diet. Dengan mengubah cara makan anda, anda boleh mengurangkan berat badan tanpa mengeluarkan begitu banyak wang.

Berikut adalah 10 makanan bajet terbaik untuk penurunan berat badan.

1. Oats


Untuk menurunkan berat badan, sarapan pagi yang sihat adalah suatu kewajipan. Pilihan sarapan pagi yang lazat dan sihat yang mudah didapati adalah oatmeal. Oatmeal adalah sumber serat larut yang baik yang boleh membuatkan anda merasa kenyang dengan lebih lama.

2. Limau gedang


Kaya dengan vitamin C, serat dan air, limau gedang mamp membantu mengurangkan berat badan. Kandungan vitamin C mempunyai kesan langsung kepada meningkatkan kadar metabolisme, yang penting untuk membakar lemak. Ia juga rendah kalori dan boleh membantu anda merasa kenyang dengan lebih lama. Tambahan, buah ini kaya dengan vitamin A dan B6, kalium, folat, thiamin, kalsium, besi, tembaga, fosforus dan magnesium.

3. Epal


“An apple a day keeps the doctoros away”. Bukan sahaja menyihatkan, tetapi anda juga boleh mengekalkan berat badan anda dengan memakan epal. Selain daripada kalori yang rendah, epal adalah sumber makanan yang kaya denan serat. Tambahan pula, antioksidan dalam epal boleh memberi rangsangan kepada metabolisme anda, untuk menghilangkan lemak yang tersimpan. Epal juga mengandungi nutrien penting lain termasuk vitamin C, vitamin B-kompleks, kalsium, kalium dan fosforus. Epaljuga rendah kalori dan tidak mengandungi lemak atau kolesterol.

4. Teh Hijau


 Jika anda mempunyai tabiat meminum kopi, maka sudah tiba masanya untuk beralih ke teh hijau. Sama ada anda membuat kopi di rumah atau minum di kafe, kopi sememangnya lebih mahal daripada teh hijau. Manakala, teh hijau jauh pula lebih sihat daripada kopi dan juga dapat membantu dalam penurunan berat badan.


Teh hijau dimuatkan dengan antioksidan, yang boleh meningkatkan system imun tubuh anda meningkat. Bahkan, catechin dalam teh hijau menghalang penyimpanan lemak perut dan membantu penurunan berat badan yang cepat.

7 CARA MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT


 Jerawat adalah masalah yang sangat biasa di kalangan semua tidak kira peringkat umur. Ia sering terjadi terutamanya di kalangan remaja dan wanita yang mengalami menopaus. Jerawat sering berlaku kerana ketidakseimbangan hormon di dalam badan. Perubahan hormon menyebabkan kelenjar menghasilkan lebih banyak minyak daripada biasa, yang menyebabkan liang kulit tersumbat dan membuatkan bakteria membiak. Berurusan dengan jerawat adalah satu perkara, tetapi masalah menjadi lebih buruk jika jerawat-jerawat meninggalkan bekas parut yang tidak mudah hilang. Parut adalah tanda bahawa jerawat tersebut telah menyebabkan kerosakan besar pada kulit anda. Parut jerawat boleh didapati di mana-mana jenis kulit, dan parut biasanya berwarna merah gelap atau coklat dengan tekstur yang tidak rata.

Bergantung pada keparahannya, parut jerawat boleh bertahan selama beberapa minggu, bulan atau lebih lama. Untuk menangani bekas luka ini, banyak orang bergantung kepada krim kimia dan rawatan yang mahal. Sekiranya anda ingin alternatif yang lebih selamat untuk menghilangkan parut, cubalah beberapa remedi di rumah yang mudah dan berkesan. Cara-cara ini mungkin tidak memberi anda hasil dalam sehari dua, tetapi ia selamat dan tiada kesan sampingan. Sebelum mencuba ubat-ubatan, ingatlah bahawa anda perlu bersabar dan menggunakannya secara konsisten. Berikut adalah 7 cara terbaik untuk menghilangkan parut jerawat:


1. Aloe Vera


 Aloe vera (lidah buaya) adalah bahan pemulihan parut semulajadi kerana sifat anti-radang dan antibakteria-nya. Sebagai emolien semula jadi, ia membantu memperbaiki kulit yang rosak dan menggalakkan pertumbuhan kulit yang sihat. Ia juga meningkatkan keanjalan tisu baru yang terbentuk. Caranya adalah seperti berikut;

Potonglah daun lidah buaya dan keluarkan gelnya. Sapukan gel pada parut dan urut dengan gerakan membulat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas. Lakukannya 2 atau 3 kali setiap hari.

2. Lemon


 Lemon bertindak sebagai peluntur semulajadi dan membantu mengurangkan sebarang parut pada kulit anda. Ia juga membuang sel kulit mati, menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan meningkatkan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C dalam lemon turut membantu dalam membina semula kolagen. Caranya adalah seperti berikut;

Cara 1: Sapukan sedikit jus lemon segar secara langsung pada parut anda menggunakan hujung jari atau kapas muka. Biarkan selama 10 minit, kemudian basuh dengan air. Lakukannya sekali atau 2 kali sehari.
Cara 2: Campurkan jus lemon dan madu pada jumlah yang sama. Gunakan kapas muka untuk meletakkan campuran di kawasan yang terjejas. Biarkan “paste” tersebut selama kira-kira 10 hingga 15 minit. Basuh dengan air dan lap sehingga kering. Lakukannya sekali setiap hari.
Cara 3: Campurkan 1 sudu teh jus lemon dengan 1 sudu teh minyak vitamin E. Sapukan pada parut jerawat anda sebelum tidur dan basuh keesokan harinya. Lakukannya sekali sehari.
Awas: Jangan keluar di bawah sinar matahari setelah meletakkan jus lemon pada kulit anda.

3. Cuka Buah Epal


 Kekayaan asid cuka epal membantu mengurangkan pigmentasi pada kulit, sehingga mengurangkan penampilan parut jerawat. Ia juga merangsang pengeluaran kolagen, membaiki sel-sel dan membuang sel kulit mati. Selain itu, ia menjadikan kulit anda nipis dan halus. Caranya adalah seperti berikut;

Campurkan cuka epal mentah dan air pada jumlah yang sama. Celupkan kapas muka dan sapukan pada parut. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukannya sekali sehari.

4. Minyak Kelapa Dara


 Minyak kelapa dara adalah kaya dengan sumber vitamin E dan asid lemak yang membantu memperbaiki tisu kulit. Ia boleh meningkatkan kesihatan kulit dan membebaskan kulit daripada parut. Selain itu, ia juga merupakan pelembap yang baik dan boleh membuatkan parut kelihatan kurang ketara. Caranya adalah seperti berikut;

Sapukan minyak kelapa dara yang sedikit hangat secara langsung ke atas parut. Urut kawasan yang terjejas selama 5 hingga 10 minit. Biarkan selama sekurang-kurangnya 1 jam sebelum membilasnya dengan air suam.
Satu lagi cara adalah dengan mencampurkan beberapa titisan minyak lavender di dalam 1 sudu minyak kelapa, letakkannya di kawasan yang terjejas dan urut dengan perlahan selama beberapa minit. Biarkan selama 20 hingga 30 minit, kemudian bilas dengan air suam.
Ulangi cara-cara ini sekali atau dua kali sehari selama beberapa minggu.

5. Minyak Vitamin E


 Satu lagi rawatan mudah untuk memulihkan parut jerawat adalah menggunakan Vitamin E. Ia berfungsi sebagai antioksidan yang berkesan dan boleh memudarkan parut. Ia mengekalkan kelembapan kulit, membantu memperbaiki tisu yang rosak dan menghilangkan parut. Caranya adalah seperti berikut;

Cucuk kapsul gel vitamin E dan keluarkan ekstrak kandungannya. Sapukan minyak langsung pada kulit yang luka 2 atau 3 kali sehari.

6. Baking Soda


 Anda juga boleh menggunakan baking soda untuk menghapuskan parut jerawat. Ia berfungsi sebagai exfoliant ringan untuk membantu menipiskan lapisan tisu parut. Caranya adalah seperti berikut;
Letakkan 2 sudu teh baking soda ke dalam mangkuk. Tambah sedikit air, untuk membuat “paste” nipis. Sapukan campuran pada parut jerawat anda. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas. Ulangi sekali setiap hari selama beberapa minggu untuk membantu menghilangkan parut jerawat anda.

Nota: Jangan letakkan baking soda pada kulit anda selama lebih dari 2 minit kerana ia boleh menjadi terlalu beralkali pada kulit anda. Jika ia telah mengeringkan kulit anda, anda boleh susuli dengan meletakkan pelembap kulit. Jangan gunakannya jika anda mempunyai kulit sensitif.

7. Kentang


 Kentang adalah satu lagi bahan semulajadi yang berkesan untuk parut jerawat. Kandungan kanji yang tinggi dalam kentang membantu menghilangkan parut dan merawat kecacatan kulit. Caranya adalah seperti berikut;


Potong nipis sebiji kentang dan ramaskannya untuk mendapatkan jus kentang. Sapukan jus ini pada parut jerawat anda. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas muka anda. Sebagai alternatif, anda boleh memotong kentang menjadi kepingan tebal. Gosokkan 1 keping ke kulit anda selama 1 minit, kemudian biarkan jus di muka anda selama 15 hingga 20 minit. Bilas dengan air. Lakukanya 2 atau 3 kali setiap hari sehingga parut anda hilang.

CARA MENGHILANGKAN MATA BENGKAK (EYE BAG)


Bangun dengan mata yang bengkak dan sembab adalah sesuatu yang sangat memeningkan kepala. Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau, kerana ia adalah salah satu masalah kecantikan yang paling biasa dan boleh dirawat secara semula jadi. Ini berlaku atas pelbagai sebab termasuk; stress yang berlebihan, genetik, dermatitis, perubahan hormon dalam tubuh, perubahan cuaca, masalah sinus, diet yang tidak seimbang, kurang tidur dan reaksi alergi. Yang teruknya, mata bengkak boleh membuat anda kelihatan letih dan sakit (which is a big NO). Berikut adalah 10 cara terbaik untuk menghilangkan mata bengkak:

1. Air


Cara termudah untuk menghilangkan mata bengkak adalah dengan meminum air. Apabila badan terhidrat dengan baik, kawasan bawah mata dan bahagian lain tubuh anda lebih sihat dan tidak membengkak. Air juga membantu toksin keluar dari badan. Untuk kekal terhidrasi, minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Di samping itu, anda mesti mengurangkan jumlah garam yang anda ambil untuk mengekalkan air di dalam badan. Selain itu, elakkan minuman berkafein dan berkarbonat.

2. Sudu sejuk


 Tip yang sederhana ini amat mengujakan kerana ia boleh membantu mengetatkan kulit di sekeliling mata serta melegakan peredaran salur darah di sekitar mata, dengan itu memberikan kelegaan kepada mata yang bengkak dan letih. Letakkan 5 atau 6 sudu logam di dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit. Kemudian letakkan bahagian bulat sudu sejuk satu persatu, ke atas mata anda selama beberapa minit sehingga sudu menjadi hangat.

3. Uncang Teh


 Sama ada uncang teh hijau atau uncang teh hitam, kedua-duanya boleh membantu menenangkan mata bengkak yang mengjengkelkan. Ia mengandungi sifat-sifat anti-iritasi yang membantu mengurangkan bengkak di sekeliling mata anda. Ia juga boleh melegakan kemerahan dan keradangan. Masukkan 2 uncang teh yang digunakan di dalam peti sejuk selama 30 minit. Letakkan uncang teh di atas kelopak mata anda. Biarkan ia di situ selama 10 hingga 15 minit. Ulang beberapa kali sehari.



 4. Timun

Timun merupakan ubat yang baik untuk merawat mata bengkak. Enzim dan sifat astringen dalam timun membantu mengurangkan keradangan dan membantu mengetatkan kulit. Ubat ini juga akan membantu menghilangkan kedutan dan bulatan gelap di sekeliling mata anda. Potong timun ke dalam kepingan tebal. Sejukkan kepingan-kepingan itu di dalam peti ais selama 10 minit. Letakkan kepingan timun yang sejuk pada kelopak mata anda selama kira-kira 10 minit atau sehingga ia menjadi panas. Ulangi proses ini beberapa kali sehari.


6. Kentang

Sama seperti timun, kentang juga berkesan dalam menyingkirkan mata bengkak. Khasiat yang terdapat dalam kentang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang membantu mengurangkan beg bawah mata dan memudarkan bulatan gelap di bawah mata. Kupas, basuh dan keringkan kentang bersaiz sederhana. Hiris kentang dan balut dengan kain yang bersih. Letakkan kain ini di atas kelopak mata anda selama beberapa minit. Ulangi proses ini beberapa kali sehingga bengkak reda.


Kesimpulannya, jika mata anda bengkak lagi, anda boleh menghilangkannya dengan remedi rumah ini. Bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak di bawah mata tanpa sebab yang jelas dan disertai dengan rasa sakit, ketidakselesaan dan penglihatan menjadi kabur, sila berjumpa dengan doktor dengan serta-merta.