Travel

TIPS PERCUTIAN DI BANDAR PARIS

November 06, 2017 Unknown 1 Comments


Seperti yang dikatakan oleh Audrey Hepburn dalam filem Sabrina, "Paris is always a good idea". We couldn’t agree more! Sama ada anda menganggap ia sebagai bandar cahaya, bandar cinta atau salah satu destinasi “bucket list” anda, bandar Paris pasti akan meninggalkan kenangan indah dan anda pasti akan datang ke Paris berulang kali. Daripada berjalan-jalan di sepanjang Champs-Elysees, berkelah di Place des Vosges dan melawat Louvre. Kami mempunyai beberapa tip yang akan membantu anda memanfaatkan hari-hari anda ketika berada di Paris.

1. MENGINAP DI LUAR KAWASAN TUMPUAN PELANCONG

Di sini kami tekankan, jangan memilih kawasan yang terlalu sibuk untuk menginap. Contohnya, di sekitar Champs Elysees, berhampiran Louvre, Tuleries, dan lain-lain. Semua tempat ini memang indah di Paris, tetapi anda akan menikmati pemandangan Paris yang lebih baik jika anda menginap di tempat lain di bandar Paris. Tambahan pula, harga di kawasan tumpuan pelancong adalah terlalu mahal dan sesak dengan pelancong. Ohh tidak!

2. HANYA MEMBAWA KASUT YANG SELESA

Ini adalah SATU ISU BESAR dan juga merupakan satu kesilapan yang mudah sekali untuk dibuat. Iklim di Paris boleh menjadi agak panas semasa musim panas, jadi anda mungkin tidak perlu untuk memakai kasut yang terlalu tebal pada waktu ini. Pastikan anda membuat keputusan mengenai kasut apa yang anda akan bawa beberapa minggu sebelum anda pergi, dan pakai beberapa kali sebelum itu. Ini adalah untuk memastikan kaki anda telah biasa dengan kasut yang akan anda bawa ke sana nanti.

3. LIHAT HARGA MENU MAKANAN DI MANA-MANA

Sekiranya anda telah “over-budget’ semasa berada di Paris, pastikan anda menyemak menu sebelum anda duduk. Satu keindahan di Paris, menu makanan sesebuah restoran biasanya diletakkan di luar restoran, dan biasanya ada beberapa menu yang terletak di atas meja di tepi laluan pejalan kaki. Anda boleh dapati bahawa harga untuk sesuatu makanan boleh berubah secara drastik dari blok ke blok.

4. SENTIASA SEDIAKAN LAYER EXTRA (JACKET)

Paris (dan sebahagian besar Eropah) memang dikenali dengan cuacanya yang tidak menentu. Seketika anda di sana, cuaca baik sekali disinari matahari, tetapi sebaik sahaja anda berada di tempat yang agak teduh, ia boleh menjadi sangat sejuk! Pastikan anda memeriksa cuaca sebelum keluar pada waktu pagi, dan sila sediakan pakaian extra di dalam beg anda!

5. BELI TIKET MELAWAT LOKASI TUMPUAN PELANCONG LEBIH AWAL

Sebenarnya anda tidak perlu merancang apa-apa untuk ke kota Paris. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang paling teruk tetapi yang terbaik di kota ini yang perlu anda rancang dengan teliti. Maksud kami, Menara Eiffel? Anda mesti melihatnya! Versailles? Ia satu kemestian! Tetapi menunggu dalam barisan berjam-jam? Sememangnya bukan satu pilihan! Untuk mengelakkan perkara yang paling teruk dan mendapat perkara yang terbaik daripada yang terbaik. Apa yang anda perlu lakukan ialah menempah terlebih dahulu. Anda perlu membeli tiket Eiffel Tower beberapa minggu sebelum lawatan. Jika anda ingin melawat Versailles, beli tiket lebih awal di laman web dan tiba tepat sebelum pintu dibuka!

6. BERJALAN KAKI DAN GUNAKAN SUBWAY UNTUK KE MANA-MANA

Di Paris, anda boleh gunakan kereta api bawah tanah untuk ke mana-mana. Ia mengambil masa maksimum 20 minit untuk ke mana sahaja anda mahu pergi di dalam kota metropolitan ini. Masanya sama sahaja jika anda mengambil Uber di jalan raya. (Ya, mereka ada Uber di sana. Hooray!). Selain itu, berjalan kaki di bandar ini adalah pengalaman yang paling menakjubkan, kerana ia adalah cara terbaik untuk meneroka Paris! Sekali lagi, kami tekankan betapa pentingnya kasut yang selesa.

7. BERKAWAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT

Salah satu keseronokan melancong adalah bila dapat bertemu dengan orang baru. Walaupun anda bukan jenis yang mesra, pasti anda akan mula berinteraksi dengan masyarakat setempat dan pelancong asing yang lain jika anda keluar berjalan-jalan. Dengan ini, anda boleh mendapat lebih informasi dan cadangan mengenai tempat-tempat menarik, atau restoran yang terbaik di kota ini. Memang menyeronokkan bila dapat berkongsi cerita, mempelajari cara hidup mereka, dan mengenali orang baru.


Dengan tip-tip ini kami berharap anda dapat bercuti dengan gembiranya di Paris. Selamat bercuti.. Bonjour!

You Might Also Like

1 comment:

  1. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Le Marais di Paris. Daerah ini menjadi daerah yang modis, kebanyakan mansion-mansion dirubah menjadi museum, perpustakaan dan sekolah, yang dikelilingi toko-toko pakaian terbaik, tempat makan dan galeri seni moderen.
    Saya mencoba menulis blog tentang hal ini, semoga anda juga suka blog di http://stenote-berkata.blogspot.com/2020/11/paris-di-le-marais.html

    ReplyDelete