Showing posts with label Islamic Lifestyle. Show all posts

10 GOLONGAN YANG DIBENCI ALLAH S.W.T



Berbuat baik terhadap diri sendiri dan sesama makhluk ciptaaan-Nya menjadi perkara yang sangat dicintai Allah SWT. Hal inilah yang bakal menjadi bekalan di akhirat nanti. Namun kerana kurangnya pengetahuan dan iman, tanpa sedar manusia melakukan hal yang dibenci oleh Allah S.W.T. Ceteknya ilmu dari dalam diri membuatkan kita melakukan perkara-perkara yang seharusnya dihindari.

Ada sepuluh perkara yang sangat dibenci oleh Allah SWT dan tidak seharusnya manusia lakukan. Ada perkara yang disedari, namun ada juga perkara yang dianggap sebagai kesalahan kecil yang tidak kita sedari. Misalnya seperti sifat malas, sifat tentara yang takut terhadap lawan, dan sifat sombong para ahli ibadah juga dibenci Allah. Berikut ini adalah 10 golongan yang dibenci oleh Allah SWT;




1.      Orang kaya yang bakhil

Tamak dan kedekut merupakan penyakit hati yang timbul kerana manusia terlalu cinta pada harta sehingga tidak mahu bersedekah. Hal ini merupakan perkara yang dibenci Allah S.W.T terutama sekali jika dilakukan oleh orang kaya. Harta yang dimiliki seharusnya dimanfaatkan ke jalan Allah S.W.T atau disedekahkan.  Bukannya disimpan dan tidak membantu sesama manusia yang memerlukan. Allah SWT memperingatkan umat manusia agar tidak kedekut terhadap harta yang telah Dia berikan. Allah juga memberikan ancaman bagi manusia yang bakhil terhadap harta yang mereka miliki seperti dalam surat Al-Imran 180.

“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan yang ada di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al Imran 180].

“Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya, mereka kedekut dengan kurnia itu dan ia berpaling dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran) (at Taubah : 76)



2.      Orang miskin yang takabbur

Takabbur merupakan sikap sombong dan menganggap diri lebih dibanding dengan orang lain. Dalam hal orang miskin yang memiliki sifat takabbur, memang menjadi satu penyakit yang sukar difahami. Tidak difahami kenapa sifat ini bisa dimiliki dengan kondisi yang tidak berharta, seseorang masih boleh menyombongkan diri terhadap orang lain. Kerana hanya Allah SWT yang boleh memiliki sifat ini kerana Dia memiliki segalanya.

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga, dan sahabat-sahabatmu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri” (An-Nisaa’ : 36).



3.      Para ulama yang mengejar dunia

Kebencian Allah SWT juga merangkumi para ulama yang menjadi perantara dalam menyampaikan kebaikan. Namun hanya kepada ulama yang rakus terhadap kehidupan duniawi. Ulama sebagai penyeru akhlak dan moral hendaklah menyedari bahawa dirinya sentiasa diperhati, dicontohi dan diamati oleh beribu pengikut yang mengikuti perilakunya. Sifat tamakkan hal dunia ini menyebabkan seseorang ulama akan jauh dari amalan mengejar akhirat dan ini boleh melemahkan umat. Para ulama yang mencintai semua hal yang bersifat dunia pasti akan kehilangan karisma dan martabat keulamaannya.

“Celakalah bagi umatku dari ulama yang menjadikan agama ini sebagai komoditi, yang mereka jual pada pelanggan mereka di zamannya demi mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri. Allah pasti tidak akan menjadikan perniagaan mereka memperoleh keuntungan “ (HR. Hakim).




4.      Wanita yang kurang rasa malunya

Secara fitrah wanita dihadirkan dengan perasaan malu yang luar biasa. Hal ini akan tercermin dari cara mereka berbicara, memandang, serta kelembutan-kelembutan yang terefleksi dari perilaku mereka yang senantiasa berhiaskan rasa malu. Maka bagi wanita yang minimum rasa malu, maka Allah S.W.T boleh membenci mereka. Misalnya, menampakkan auratnya di hadapan pria yang bukan suaminya. Malu adalah mahkota seorang wanita, dan kehilangan rasa malu sama dengan kehilangan mahkotanya.




5.      Orang tua yang masih mengejar dunia

Mungkin diantara kita pernah mempunyai pengalaman memiliki datuk atau nenek yang sudah tua namun tetap mengejar dunia. Perkara ini membuatkan kita hairan kerana waktu mereka sudah seharusnya digunakan hal-hal yang berkaitan untuk mengejar akhirat. Orang tua seharusnya mempersiapkan segala hal untuk kematiannya. Orang tua yang masih mengejar dunia, sangat tidak disukai Allah S.W.T.



6.      Orang muda yang malas

Pemuda yang malas juga akan mendapatkan kebencian dari Allah SWT. Pada masa ini, pemuda seharusnya mengoptimumkan segala kemampuannya untuk bekerja dalam mempersiapkan hari tua. Masa muda adalah masa aktif dalam kehidupan mereka. Selain itu, juga akan menjadi penentuan masa depan.

Kemalasan anak muda menjadi indikasi bahawa mereka akan hidup susah atau senang di hari tuanya. Maka malasnya pemuda adalah petanda suramnya masa depan mereka. Inilah mengapa Allah membenci anak mudah yang memiliki sifat yang malas. Rasulullah menghimpun orang-orang mulia dalam tujuh golongan diantaranya adalah pemuda yang energetik. Rasulullah bersabda :

“Tujuh golongan orang yang akan mendapat naungan Allah pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Pemimpin yang adil, pemuda yang rajin bekerja pada waktu yang sama tetap beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut ke masjid, dua lelaki yang saling mencinta kerana Allah (mereka bersatu kerananya dan berpisah juga kerananya). Lelaki yang teringatkan Allah sendirian kemudian kedua matanya mengalirkan air mata, lelaki yang dipanggil oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan cantik lalu dia berkata : Sesunggguhnya aku takut kepada Allah Tuhan semesta alam, seseorang yang bersedekah lalu dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya (HR. Malik, Tirmidzi, Bukhari Muslim).




7.      Pemimpin yang keji

Pemimpin sebagaimana disyariatkan dalam hadis di atas juga seharusnya berbuat adil, bukannya berlaku kejam agar mereka mendapat naungan Allah di hari kiamat. Keadilan mereka sangat diperlukan oleh rakyat. Karena sesebuah keadilan lahir dari pada pemimpin. Keadilan adalam dambaan setiap insan. Jadi seorang penguasa yang bersikap keji maka azab Allah yang pedih sememangnya menunggu mereka di akhirat. Karena Allah sangat tidak suka pada mereka yang berbuat zalim. Allah berfirman: Tempat kembali mereka ialah neraka; dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal orang-orang yang dzalim (Ali Imran : 151).



8.      Tentara yang penakut di medan perang

Jika anda berniat menjadi tentara perang, maka anda harus berani melawan siapa yang menjadi musuh-musuh Islam. Biasanya mereka yang terpilih dalam perang merupakan manusia terpilih untuk membela agama dan tanah airnya. Perajurit adalah mereka yang berjiwa berani yang pantang menyerah pada musuh. Jika sikap ini luntur, inilah yang akan menjadi kebencian dari Allah SWT.

Allah berfirman : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur) (Al-Anfaal : 15).



9.      Para zahid yang bersikap ujub

      Ujub adalah penyakit hati yang bisa menyerang siapa saja. Tidak terkecuali pada zahid yang tidak mengejar dunia dan lebih dekat pada akhirat. Namun kezahidan mereka akan menuai murka Allah jika dalam kezahidan itu lahir sikap ujub yang terdapat dalam ucapan dan perilaku mereka. Rasulullah bersabda; Tiga perkara yang menghancurkan : ketamakan yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan ujub dengan pendapat sendiri (HR. Bazzar dan Ath-Thabrani).



10.   Para ibadah yang riak

Allah SWT juga membenci mereka yang kuat beribadah namun penuh dengan riak. Mereka biasanya menginginkan pujian dari manusia. Padahal riak itulah syirik kecil yang sangat diingatkan oleh Rasulullah agar kita meninggalkannya.

TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KEIBUBAPAAN



Nabi Muhammad (S.A.W) berkata: "Setiap daripada kamu adalah seorang penjaga dan bertanggungjawab untuk isi rumahnya. Seorang raja bertanggungjawab untuk menjaga rakyatnya dan seorang lelaki itu adalah penjaga anggota keluarganya; dan wanita pula adalah penjaga rumah dan bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya; dan setiap seorang daripada anda bertanggungjawab terhadap isi rumahnya."
[Bukhari dan Muslim]

Hadis Nabi (S.A.W) ini memberi penekanan kepada fakta bahawa peranan keibubapaan adalah satu tanggungjawab yang penting dan perlu dititikberatkan. Peranan utama ibu-bapa adalah dari segi memupuk, membimbing dan melindungi anak-anak dalam kehidupan ini. Selain itu, ibu-bapa juga perlu memberi tumpuan dalam menyediakan anak-anak untuk masa depan mereka yang lebih baik.

Keibubapaan bukanlah hanya sekadar satu tanggungjawab tetapi mungkin tugas paling penting di dunia kerana ibu-bapalah yang membentuk generasi seterusnya, yang sama ada akan lebih berjaya atau gagal terutama sekali dalam menegakkan syiar Islam di masa hadapan. Tugas ini memberi impak yang luar biasa pada masa depan sesebuah negara Islam, dan segalanya bergantung kepada kemampuan setiap ibu-bapa untuk mendidik anak-anak mereka dengan jayanya.


"KELUARGA ADALAH MODAL PEMBANGGUNAN MASYARAKAT!"

7 TIPS UNTUK HIDUP SEBAGAI MUSLIM YANG BERJAYA



Ramai umat Islam berimpian untuk mempunyai kehidupan yang berjaya, tetapi perkara ini lebih mudah disebut daripada dilakukan. Kadangkala perkara yang membantu kita untuk berjaya di dunia ini tidak semestinya akan membantu kita di akhirat. Di sini, kami kongsikan 7 tip untuk anda berjaya di kedua-dua dunia.

1. Solat dan Doa’

Solat adalah tiang agama. Jadi jagalah solat anda, tentu masa anda akan lebih terurus dan dengan solat, anda juga dapat memperolehi ketenangan yang konsisten setiap hari. Disamping itu, doa’ adalah aspek yang paling penting bagi seorang Muslim yang berjaya. Ia mempunyai keajaiban untuk menukar nasib anda ke arah yang lebih baik. Sentiasalah berdoa, dan meminta Allah tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menjalani kehidupan yang berjaya dan juga menyenangkan-Nya. Di dalam doa’, jangan lupa untuk mendoakan ibu-bapa, ahli keluarga dan seluruh umat Islam, kerana hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada seseorang adalah Doa’.

2.Hubungan dengan Al-Quran

Al-Quran adalah panduan dan petunjuk bagi seluruh manusia untuk berjaya dalam kedua-dua dunia. Ia mempunyai jawapan untuk menangani setiap masalah yang dihadapi sepanjang hidup anda. Al-Quran tidak diturunkan hanya untuk dibaca dan diletakkan di suatu sudut seperti perhiasan sahaja. Ia perlu dikaji dan dianalisis untuk diadaptasikan ke dalam kehidupan seharian kita. Mintalah Allah untuk membantu anda memahami Al-Quran dengan betul dan dipermudahkan untuk melaksanakannya dalam kehidupan anda.

3. Membantu orang lain

Allah SWT memerintahkan kita untuk memberi khidmat kepada manusia tanpa mengira agama atau bangsa mereka. Membantu orang lain adalah perbuatan yang mendalam yang membolehkan kita memperoleh keredhaan Allah dan seterusnya dapat menjalani kehidupan yang berjaya. Allah sendiri telah berjanji untuk memberikan bimbingan dan ganjaran kepada mereka yang berusaha membantu orang lain yang ditimpa musibah dan bencana.

4. Menangani godaan nafsu

Setiap daripada kita memang mudah untuk tunduk kepada godaan nafsu kerana ia adalah sebahagian daripada kehendak diri kita sendiri. Jika tidak dikawal, akan menjurus kepada perbuatan yang berdosa. Tetapi, sesetengah daripada kita berjaya menguruskan nafsu dengan berkesan. Jadi kita haruslah berusaha sekeras mungkin untuk menentang godaan nafsu untuk mencapai matlamat untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya.

5. Jaga persahabatan

Lihat di sekeliling anda, dan berhubunglah dengan umat Islam yang mendorong anda ke arah yang positif. Sekiranya anda serius untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya, anda perlu sedar siapa yang anda sedang bersahabat, dan menilai bagaimana ia dapat membantu anda membentuk dan mempengaruhi kehidupan anda. Itu tidak bermakna anda perlu men “delete” sahabat-sahabat anda yang sedia ada, tetapi anda haruslah memilih dengan baik siapa yang lebih berhak dan luangkanlah lebih masa dengan orang yang boleh membantu anda untuk menjadi insan yang lebih baik.

6. Fokus pada Akhirat

Laksanakan semua perkara yang dilakukan di dunia ini semata-mata untuk hari Akhirat. Hidup satu hari pada satu masa dan jangan terlalu gusar tentang apa yang bakal berlaku esok. Hal ini mungkin mengambil sedikit masa untuk dijadikan kebiasaan. Tetapi jika dipraktikan secara berterusan, akhirnya ia akan menjadi lebih mudah bagi anda untuk meneruskan matlamat anda.

7. Jangan berputus asa

Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, jangan sekali-kali berputus asa kerana sudah tentu anda akan diuji dengan ujian sepanjang perjalanan itu. Pastikan anda menempuh perjalanan hidup anda dengan tabah sehingga anda tiba di destinasi kejayaan anda.