Travel
TIPS PERCUTIAN PERTAMA KALI KE SANTORINI
Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk
merancang perjalanan ke Santorini, kerana Santorini tidak seperti pulau-pulau
lain di dunia ini. Ia adalah pulau yang paling banyak dikunjungi di Greece dan
ia memerlukan perancangan teliti untuk mendapat tawaran terbaik seperti hotel
dan sebagainya. Selain itu, anda juga perlu membuat “research” tentang perkara-perkara
yang menakjubkan yang perlu dilakukan di pulau ini. Jadi seperti di bawah, kami
berikan perkara-perkara yang perlu anda ketahui untuk ke Santorini secara
terperinci:
1. Apa itu Santorini?
Santorini adalah pulau kecil di Greece yang telah menjadi
salah satu destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia. Banyak
selebriti melawat pulau ini setiap tahun dan ia mempunyai beberapa hotel yang
paling unik dan mewah di dunia. Nama rasmi Santorini dalam bahasa Greek adalah
Thira atau (Thera).
2. Bagaimana untuk ke Santorini?
Pertama sekali, anda perlu terbang ke Athens (ibu kota
Greece) dan kemudian mengambil penerbangan 40 minit dari Athens ke Santorini
atau anda juga boleh menaiki feri yang mengambil masa 5 hingga ke 8 jam.
3. Dimanakah lokasi untuk menempah tiket penerbangan dan
feri ke Santorini?
Website “Expedia” mempunyai semua pilihan penerbangan untuk
ke Santorini. Kod lapangan terbang Santorini adalah JTR (nama rasmi Santorini
adalah Thira atau Thera). Untuk ke Santorini melalui feri, anda boleh
menggunakan laman web “Let's Ferry” yang menyediakan harga dan jadual yang
dikemaskini untuk semua feri yang menghubungkan Athens dan Santorini.
5. Apakah "caldera"?
Santorini adalah pulau yang terbentuk daripada letusan
gunung berapi dan ia mepunyai gunung
berapi yang masih aktif! Beribu-ribu tahun yang lalu, bahagian tengah pulau itu
runtuh ke dalam laut mewujudkan lagun lautan yang unik dan terbuka (di
tengah-tengah pulau tersebut). “Caldera” adalah lagun laut yang telah
terbentuk.
6. Di manakah anda harus tinggal di Santorini?
“Booking.com” adalah laman web terbaik untuk menempah hotel
di Santorini dan ia adalah website yang digunakan oleh orang tempatan. Jadi ia
sangat selamat, dengan “review” sebenar. Pertama sekali, anda perlu putuskan
apa yang anda mahu di Santorini. Jika anda mahukan pemandangan unik “caldera”
dan gunung berapi yang terkenal di Santorini, maka anda harus menginap di Fira,
Firostefani, Imerovigli atau Oia (Pssst..harga hotel-hotel di sini sangat
mahal). Bersedia untuk membayar harga dari 3-4 angka per malam! Semua hotel di
sana, tergantung di tebing-tebing besar dan semuanya mempunyai pemandangan yang
cantik dan kolam renang yang menakjubkan, tetapi tiada pantai. Walau
bagaimanapun, jika anda ingin menginap berdekatan dengan laut anda boleh
tinggal di Kamari, Perivolos atau bandar-bandar Perissa. Kami juga mencadangkan
anda cuba menginap di kampung-kampung seperti Emporio dan Pyrgos yang sangat
indah. Terutamanya Pyrgos yang mempunyai beberapa pandangan indah di bahagian
lain pulau ini (bukan caldera dan gunung berapi).
7. Bilakah masa terbaik untuk melawat Santorini?
Musim kemuncak bermula dari bulan April dan berakhir pada
bulan November. Sudah tentu pulau ini sangat sibuk pada bulan-bulan ini terutama
sekali pada bulan Julai dan Ogos. Ohh begitu sesak! Jadi masa yang paling
sempurna untuk melawat Santorini adalah pada akhir September atau awal Oktober.
Cuaca masih baik dan tidak terlalu panas (sekitar 20-25 Celcius), air laut
masih hangat (dari musim panas) dan kebanyakan pelancong sudah mula
berkurangan. Itu tidak bermakna tiada siapa di pulau itu. Ingat, ia masih Santorini!
Bulan Jun juga merupakan bulan yang sangat baik untuk melawat Santorini kerana
ia masih di awal musim panas, cuaca luar biasa (walaupun ia boleh menjadi agak
panas, kadang kala lebih daripada 35 Celcius!) dan kebanyakan pelancong belum
tiba lagi.
8. Adakah penerbangan terus ke Santorini?
Sudah tentu ada! Tetapi hanya jika anda melancong dari dalam
Eropah, malangnya. Penerbangan terus dari lokasi utama Eropah ke Santorini
bermula pada bulan April dan biasanya berakhir pada bulan Oktober. Laman web
yang terbaik untuk melihat semua penerbangan yang ada adalah “Expedia”.
9. Adakah Santorini sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga?
Santorini dan Greece adalah tempat yang sangat selamat.
Santorini khususnya adalah tempat yang sangat mesra keluarga dan menyediakan
semua kemudahan pelancongan untuk keluarga. Semua hotel di Santorini sangat
selesa bagi mereka yang sudah berkeluarga. Selain itu, tempat-tempat seperti
Kamari dan Perissa dengan “long beaches” boleh menjadi tempat yang sempurna
untuk kanak-kanak bermain di tepi pantai berhampiran dengan restoran dalam
persekitaran yang mesra dan santai.
10. Berapa hari anda perlu menghabiskan masa di Santorini?
Santorini adalah pulau Greece yang agak kecil tetapi ada
banyak perkara yang perlu dilihat dan dilakukan! Cadangan kami ialah jangan
habiskan masa di Greece atau di pulau-pulau Greece yang lain, gunakan 50% masa
hanya di Santorini kerana anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 malam di
Santorini. Oleh itu, jika anda ingin menghabiskan 10 hari untuk percutian di
Greece, cuba luangkan sekurang-kurangnya 5 hari di Santorini.
11. Santorini vs Mykonos
Mykonos adalah sebuah pulau parti dengan pantai berpasir
yang sangat bagus dan panjang (tidak ada pantai berpasir di Santorini
malangnya). Ia menjadi tempat percutian selebriti sejak tahun 60-an dengan
beberapa kelab malam dan bar musim panas terbaik di Eropah. Santorini pula
adalah tempat yang berbeza sama sekali. Ia lebih romantic dan santai.
12. Perlukah anda melawat pulau-pulau Greece yang lain daripada
Santorini?
Sudah pasti boleh!! Dan sebenarnya ia adalah salah satu
perkara yang perlu anda lakukan semasa berada di Santorini. Sebenarnya, anda boleh
menggunakan Santorini sebagai pengkalan anda untuk menerokai pulau-pulau indah Greece
yang lain. Di sini kami menyediakan 4 pulau menarik di Greece yang boleh anda
lawati selain Santorini: Naxos, Paros, Folegandros, Ios dan pulau-pulau Anafi.
13. Di manakah tempat terbaik untuk melihat matahari
terbenam di Santorini?
Tentu sekali Oia! Anda sememangnya perlu melihat matahari
terbenam sekali dalam seumur hidup anda di Oia. Tetapi secara jujur, semua
pemandangan matahari terbenam menakjubkan di mana-mana sahaja jika anda berada
di Santorini! Selain itu, Akrotiri dan Pyrgos (kafe di puncak perkampungan)
boleh menawarkan pengalaman matahari terbenam yang sangat berbeza dan begitu
indah.
14. Apa yang terbaik untuk disewa di Santorini: ATV,
motosikal atau kereta?
ATV adalah sangat biasa di Santorini tetapi ia kurang selesa
untuk digunakan lebih dari 10 minit (dan anda perlu menaikinya lebih daripada
30 minit dalam beberapa situasi seperti untuk ke Perissa dan Oia (pergi dan
balik). Walau bagaimanapun, anda sememangnya memerlukan sebuah kenderaan semasa
di Santorini, dan kereta adalah yang terbaik! Bas juga boleh digunakan dan ia
boleh membawa anda ke mana sahaja anda mahu pergi, tetapi tidak akan memberi
anda peluang untuk meneroka pulau ini dengan cara yang terbaik. Anda boleh menggunakan
teksi, tetapi ia mungkin lebih mahal dan agak sukar untuk mencari teksi yang
boleh menjemput anda di mana sahaja anda berada. Jadi menyewa kereta adalah
yang terbaik. Menyewa sebuah kereta di Santorini berharga sekitar 40-50 euro
sehari. Sekiranya bajet anda rendah, anda boleh menyewa motosikal sahaja.
15. Apakah mata wang di Santorini? Bolehkah anda menggunakan
mesin ATM di pulau itu dengan mudah?
Mata wang Santorini adalah mata wang Euro (mata wang
Greece). Anda boleh menjumpai beratus-ratus ATM di seluruh pulau ini, di mana
anda boleh menggunakan kad Visa, Maestro atau American Express. Walau
bagaimanapun, kami mengesyorkan agar anda sentiasa membawa wang tunai, untuk
membayar makanan dan sebagainya kerana kad tidak diterima di semua tempat. 90%
hotel akan menerima bayaran melalui kad tetapi ianya agak mahal.
16. Bolehkah saya membeli-belah di Santorini? Di mana?
Jika anda ingin membeli-belah, Fira adalah tempat yang
terbaik. Terdapat beratus-ratus kedai cenderahati, galeri seni dan kedai-kedai
produk tradisional di Fira. Oia juga mempunyai pilihan beberapa kedai seni dan
kejiranan yang sangat menarik. Ia juga mempunyai kedai buku yang sangat
menakjubkan.
17. Apa yang perlu anda lakukan semasa berada di Santorini?
- Pergi ke “Red Beach”
- Lawati perkampungan Oia yang unik
- Melihat matahari terbenam di bukit Profitis Ilias (ya bukan
dari Oia)
- Tidur (dan berenang) di rumah gua tradisional (cave house)
- Cuba menikmati makanan tempatan yang popular “local fava
beans”
- Pergi belayar dan menyelam (mana tahu anda boleh menemui
Atlantis!)
- Lawati perkampung Pyrgos yang menakjubkan
- Lawati tapak arkeologi Akrotiri
- Lawati beberapa istana dan kubu Santorini yang luar biasa
- Berenang di “Black Beach” di Perissa dan Perivolos
- “Trail hiking” antara Oia dan Fira
- Lawati Ammoudi Bay
- Berenang di "White Beach" (atau
"Vlychada")
- Berenang di “Kamari Beach”
Kami berharap dengan tip-tip yang kami berikan ini, anda
boleh menggunakan masa dengan lebih baik ketika berada di Greece. Selamat
bercuti!
0 comments: