Showing posts with label Celebrity. Show all posts

IZARA AISHAH SAH ISTERI ADIB KHALID DENGAN SEKALI LAFAZ


Aktres jelita Izara Aishah, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi NOMBOR SATU negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam semalam.


Pada majlis yang diadakan di satu lokasi di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Jumlah wang hantaran bagaimana pun dirahsiakan. Sementara itu, Izara membalas dengan tujuh dulang.


Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai. Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.


Izara berkata, dia bersyukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan berjalan lancar.


“Alhamdulillah, sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar sebelum acara bermula. Namun, apabila Adib selesai melafazkan akad nikah, baru saya berasa lega.


“Apa yang pasti, bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapkan semoga rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik.
"Doakan yang terbaik buat kami,” pintanya.


Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.
Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pihak perempuan setelah acara akad nikah.


Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings_Rizalman itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.


Busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka fesyen NOMBOR SATU negara, Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib. Tatarias pula oleh Khir Khalid. Bagaimanapun, busana Rizalman turut dikecam netizen yang menyamakan kerudung yang dipakai Izara seperti alas meja. Namun bagi kami, tahniah buat Rizalman kerana mencipta kelainan dalam mereka busana akad nikah kali ini. Kadang-kadang sentuhan yang “luar dari kotak” diperlukan untuk memberikan impak yang lebih berkesan dan meninggalkan memori yang lebih indah kepada semua terutamanya kepada kedua mempelai..








ELFIRA LOY CIPTA KELAINAN DENGAN TEMA BUSANA BATIK SEMPENA MAJLIS PERTUNANGANNYA


Tahniah kami ucapkan buat pelakon dan pengacara kecil molek Elfira Loy yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Sufian Suhaimi dalam satu majlis secara tertutup di kediaman Elfira 6 Oktober lalu. Elfira ternyata kelihatan begitu cantik menggayakan persalinan batik yang lain daripada yang lain itu. Kebetulan pula tema batik untuk majlis perkahwinan memang tengah trending ketika ini. Jadi memang tidak disangkalkan lagi kenapa busana tersebut viral.

Elfira kelihatan cukup manis dan cantik sekali apabila menggayakan kebaya peplum yang dipadankan dengan kain batik hasil rekaan pereka duo Rizman Ruzaini yang mereka busana khas untuk Elfira gayakan di majlis pertunangannya itu. Sementara Sufian pula tampak segak berada di samping Elfira dengan menyarung busana rekaan Fairuz Ramdan juga dari fabrik batik sedondon. Tambahan pula, kejelitaan Elfira petang tadi cukup terserlah dengan sentuhan jurusolek terkenal tanah air, Najeeb Azami.

Pasangan ini juga turut menggayakan persalinan kedua juga dari rekaan Rizman Ruzaini. Elfira tampak anggun menyarung kurung moden dengan suntikan ‘feather’ di bahagian dada dengan padanan hijab rona sedondon. Sufian pula lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga lengkap bersampin.


Elfira dan Sufian telah bertemu setahun yang lalu dan setelah mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya bersepakat untuk mengakhiri ikatan persahabatan dengan majlis pertunangan dan seterusnya bernikah pada bulan Mac tahun depan. Semoga segala urusan ke arah mendirikan majlis perkahwinan berjalan dengan baik dan lancer. Tahniah kami ucapkan.

DATUK SITI NURHALIZA KINI MENGANDUNG

Ahamdulillah, terlerai sudah segala teka-teki apabila penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil anak sulungnya. Beliau yang mengumumkan berita kehamilannya di laman Instagram beliau mengucapkan syukur atas anugerah ‘agung’ ini setelah hampir 11 tahun menanti. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah lantas membenarkan spekulasi yang dihebohkan di media sosial baru-baru ini. Sebelum ini heboh di laman sosial di mana sekeping gambar Datuk Siti yang mencemar duli menerima kunjungan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah di kediamannya yang sepertinya menampakkan ‘baby bump’. Jadi betullah khabar angin tersebut. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada “Tokti” yang kini telah pun hamil 4 bulan.


Pada tahun 2015, Siti pernah hamil tetapi keguguran ketika usia kandungannya 2 bulan. Siti yang berjaya hamil selepas melakukan rawatan kesuburan IVF di sebuah pusat perubatan swasta kelihatan amat ceria dan berseri wajah, sinar ibu mengandung.Diharap kandungan kali ini akan membesar sihat dan Siti melalui fasa kehamilan dengan penuh kerahmatan. Mendirikan rumah tangga pada 2006, mungkin inilah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahun ke 11 Siti dan Datuk K Ogos lalu.