Celebrity

ELFIRA LOY CIPTA KELAINAN DENGAN TEMA BUSANA BATIK SEMPENA MAJLIS PERTUNANGANNYA

November 11, 2017 Unknown 0 Comments


Tahniah kami ucapkan buat pelakon dan pengacara kecil molek Elfira Loy yang selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Sufian Suhaimi dalam satu majlis secara tertutup di kediaman Elfira 6 Oktober lalu. Elfira ternyata kelihatan begitu cantik menggayakan persalinan batik yang lain daripada yang lain itu. Kebetulan pula tema batik untuk majlis perkahwinan memang tengah trending ketika ini. Jadi memang tidak disangkalkan lagi kenapa busana tersebut viral.

Elfira kelihatan cukup manis dan cantik sekali apabila menggayakan kebaya peplum yang dipadankan dengan kain batik hasil rekaan pereka duo Rizman Ruzaini yang mereka busana khas untuk Elfira gayakan di majlis pertunangannya itu. Sementara Sufian pula tampak segak berada di samping Elfira dengan menyarung busana rekaan Fairuz Ramdan juga dari fabrik batik sedondon. Tambahan pula, kejelitaan Elfira petang tadi cukup terserlah dengan sentuhan jurusolek terkenal tanah air, Najeeb Azami.

Pasangan ini juga turut menggayakan persalinan kedua juga dari rekaan Rizman Ruzaini. Elfira tampak anggun menyarung kurung moden dengan suntikan ‘feather’ di bahagian dada dengan padanan hijab rona sedondon. Sufian pula lengkap berbaju Melayu Teluk Belanga lengkap bersampin.


Elfira dan Sufian telah bertemu setahun yang lalu dan setelah mengenali hati budi masing-masing, kedua-duanya bersepakat untuk mengakhiri ikatan persahabatan dengan majlis pertunangan dan seterusnya bernikah pada bulan Mac tahun depan. Semoga segala urusan ke arah mendirikan majlis perkahwinan berjalan dengan baik dan lancer. Tahniah kami ucapkan.

You Might Also Like

0 comments: