Fashion

WARNA BAJU DAN “VIBES” PERSONALITI ANDA

November 10, 2017 Unknown 0 Comments


Selama ini, kita fikir baju hanya sekadar baju dan tiada makna di sebaliknya. Tanpa disedari, warna baju yang dipakai sebenarnya mempengaruhi “vibe” anda dan warna pakaian tersebut juga mampu memberikan signal tertentu pada orang lain. Ketahui 9 warna pakaian yang punya maksud masing-masing;
1. Merah
Sekiranya anda mahu nampak lebih berani, bersemangat dan aktif, warna merah adalah pilihan warna yang tepat untuk anda. Warna merah juga sesuai dipakai untuk first date anda bersama si dia.
2. Biru
Warna biru menunjukkan kedamaian, peribadi yang segar dan percaya pada diri. Bahkan tanpa anda sedari, warna biru juga akan membuatkan orang menerima anda dengan lebih cepat. Betul atau tidak, cuba ketika menghadiri temuduga.
 3. Jingga
Warna jingga dikatakan sebagai warna yang ceria. Individu yang menggemari warna ini juga lebih mudah untuk bergaul dan mempunyai ramai kawan. Selain itu, individu ini juga suka bekerja secara berkumpulan berbanding secara individual. Jadi baju bewarna jingga sesuai digayakan ketika keluar “hang out”

4. Kuning
Dek kerana warnanya yang cerah, kuning dianggap warna yang membawa kebahagiaan dan keceriaan. Orang yang gemarkan warna ini juga biasanya suka apabila menjadi perhatian ramai. Jadi baju berwarna kuning sesuai dipakai ketika anda memerlukan perhatian orang ramai, contohnya jika anda membuat jualan langsung.


5. Hijau
Individu yang sukakan warna hijau dikatakan seorang yang sangat kreatif. Selain itu, warna hijau juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bijak bersosial serta bergaul dengan orang ramai. Baju berwarna hijau seuai digayakan ke mana-mana terutama sekali ke majlis formal atau kenduri.

6. Ungu
Apabila anda memakai warna ungu, anda sebenarnya ingin menunjukkan kemewahan tanpa bersikap sombong. Orang yang memakai warna ungu juga biasanya mahu dilihat sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai banyak pandangan. Warna ungu sesuai digayakan untuk keluar makan malam di lokasi ekslusif seperti di hotel atau kafe di Pavillion.

7. Kelabu
Anda bingung dan tidak tahu nak pakai baju warna apa? Cuba pakai warna kelabu yang dianggap warna neutral. Selain itu, warna kelabu juga akan membuatkan anda nampak lebih berwibawa sesuai digayakan ke pejabat.

8. Hitam
Tidak dapat disangkal lagi, warna hitam mampu menyerlahkan sisi elegan anda. Apabila pakaian warna hitam disarung pada tubuh, anda akan nampak lebih anggun dan yang penting lebih ramping. Jadi warna hitam sesuai sekali dipakai ke mana-mana kerana “black is cool”.

9. Putih

Sekiranya anda mempunyai banyak pakaian warna putih di dalam almari pakaian, itu tandanya anda sukakan kesederhanaan. Warna putih boleh menonjolkan kebaikan serta kepolosan seseorang. Selain itu baju berwarna putih lebih mudah menyerap peluh jadi anda boleh memakainya melakukan aktiviti “outdoor”.

You Might Also Like

0 comments: