Fashion
Untuk anda yang
mempunyai tubuh badan terlalu ramping, perlu diingatkan pemilihan pakaian
hendaklah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. Bagi yang gemarkan
gaun atau dress, fesyen jenis kembang di bawah amat sesuai untuk mengimbangi
struktur tubuh badan anda yang kurus.
TIPS BERFESYEN UNTUK HIJABI YANG TERLALU KURUS
Ramai yang
beranggapan wanita bertubuh ramping lebih mudah untuk mengenakan pelbagai
fesyen. Namun, terdapat segelintir hijabi yang terlalu kurus menghadapi
kesulitan untuk berfesyen. Misalnya pakaian yang perlu dihindari adalah baju
yang terlalu longgar seperti kemeja dan blaus. Ia akan menampakkan penampilan
anda tidak kemas.
Selain itu, pakaian
yang terlalu ketat juga tidak sesuai bagi tubuh yang ramping kerana ia akan menampakkan
tubuh anda terlalu kurus. Warna pakaian adalah sangat penting untuk efek yang
sempurna. Elakkan pakaian berwarna hitam kerana ia akan memberikan efek
langsing kepada anda yang sudah memang sedia kurus. Anda digalakkan untuk
memilih warna-warna yang cerah berbanding dengan warna yang bertona gelap.
Begitu juga dengan
pakaian yang bercorak, ia sesuai untuk dipakai tetapi tidak terlalu penuh.
Corak jalur ke bawah atau dikenali sebagai vertikal juga harus dielakkan kerana
menampakkan anda kelihatan lebih kurus. Manakala, baju volume atau
beralun-alun dan beropol-ropol sesuai dipakai agar kelihatan lebih berisi.
Harrah's Atlantic City - MapyRO
ReplyDeleteHarrah's 강원도 출장안마 Resort Atlantic City is a casino on 아산 출장안마 the Boardwalk 창원 출장마사지 in Atlantic City, 양산 출장마사지 New Jersey. The casino has a total of 충청북도 출장샵 650 slots and 52 table games.