Showing posts with label Travel. Show all posts

TIPS PERCUTIAN KE ISTANBUL



1. Merancang & Membahagikan Masa Anda: Istanbul adalah sebuah bandar yang sangat luas, jadi pembahagikan masa yang baik anda adalah sangat penting. Jadi bahagilah masa anda sebaik mungkin untuk melihat semua keindahan bandar Istanbul.


2. Sejarah Istanbul: Dengan 1000 tahun sejarah, melawat Istanbul boleh menjadi salah satu pengalaman terbaik yang pernah anda lakukan. Pemahaman yang lebih baik tentang sejarah yang panjang ini akan membantu anda untuk lebih menghargai pemandangan yang bakal anda lihat. Kerajaan-kerajaan seperti Empayar Rom dan Uthmaniyyah mempunyai kedua-dua ibu kota mereka di bandar metropolis ini.


3. Petua Bahasa Turki:
Hello: Merhaba (disebut Mare-ha-ba)
Good Morning: Günaydın (gew-nahy-DUHN)
Nice day: Isyi Günler (E-yee Guen-ler)
Good Bye: Allaha ısmarladık (ah-LAHS-mahr-lah-duhk)
Thank you:  SaÄŸ Ol (SOWL)
Welcome: Bir ÅŸey deÄŸil (bir SHEHY deh-YEEL)
Can you speak English: İngilizce konuşabilir misiniz
Hagia Sophia: Aya Sofya (Eye-ah So-fee-yah)
Masjid: Camii (Jah-mee)


4. Petua Makanan: Ramai yang sudah tahu bahawa gula-gula Turki adalah sangat popular di negara ini, namun terdapat banyak lagi makanan yang boleh anda cuba. Doner adalah makanan jalanan biasa dan pada asasnya sama seperti kebab. Kedua-duanya Gyro dan Doner adalah sesuatu yang anda perlu cuba di Istanbul.



5. Mengelilingi Istanbul: Istanbul adalah sangat luas dengan beberapa daerah utama untuk dikunjungi. Kebanyakan kawasan utama adalah lebih mudah jika anda memilih untuk berjalan kaki dan menikmati keindahan kota Istanbul kerana kesesakan lalu lintas boleh membuat teksi sangat lambat. Selain itu, terdapat juga rangkaian tren yang menghubungkan sesebuah kawasan di Istanbul yang boleh anda gunakan.

TIPS PERCUTIAN PERTAMA KALI KE SANTORINI


 Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk merancang perjalanan ke Santorini, kerana Santorini tidak seperti pulau-pulau lain di dunia ini. Ia adalah pulau yang paling banyak dikunjungi di Greece dan ia memerlukan perancangan teliti untuk mendapat tawaran terbaik seperti hotel dan sebagainya. Selain itu, anda juga perlu membuat “research” tentang perkara-perkara yang menakjubkan yang perlu dilakukan di pulau ini. Jadi seperti di bawah, kami berikan perkara-perkara yang perlu anda ketahui untuk ke Santorini secara terperinci:

1. Apa itu Santorini?
Santorini adalah pulau kecil di Greece yang telah menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia. Banyak selebriti melawat pulau ini setiap tahun dan ia mempunyai beberapa hotel yang paling unik dan mewah di dunia. Nama rasmi Santorini dalam bahasa Greek adalah Thira atau (Thera).

2. Bagaimana untuk ke Santorini?

Pertama sekali, anda perlu terbang ke Athens (ibu kota Greece) dan kemudian mengambil penerbangan 40 minit dari Athens ke Santorini atau anda juga boleh menaiki feri yang mengambil masa 5 hingga ke 8 jam.

3. Dimanakah lokasi untuk menempah tiket penerbangan dan feri ke Santorini?

Website “Expedia” mempunyai semua pilihan penerbangan untuk ke Santorini. Kod lapangan terbang Santorini adalah JTR (nama rasmi Santorini adalah Thira atau Thera). Untuk ke Santorini melalui feri, anda boleh menggunakan laman web “Let's Ferry” yang menyediakan harga dan jadual yang dikemaskini untuk semua feri yang menghubungkan Athens dan Santorini.

5. Apakah "caldera"?

Santorini adalah pulau yang terbentuk daripada letusan gunung berapi dan ia mepunyai  gunung berapi yang masih aktif! Beribu-ribu tahun yang lalu, bahagian tengah pulau itu runtuh ke dalam laut mewujudkan lagun lautan yang unik dan terbuka (di tengah-tengah pulau tersebut). “Caldera” adalah lagun laut yang telah terbentuk.



6. Di manakah anda harus tinggal di Santorini?

“Booking.com” adalah laman web terbaik untuk menempah hotel di Santorini dan ia adalah website yang digunakan oleh orang tempatan. Jadi ia sangat selamat, dengan “review” sebenar. Pertama sekali, anda perlu putuskan apa yang anda mahu di Santorini. Jika anda mahukan pemandangan unik “caldera” dan gunung berapi yang terkenal di Santorini, maka anda harus menginap di Fira, Firostefani, Imerovigli atau Oia (Pssst..harga hotel-hotel di sini sangat mahal). Bersedia untuk membayar harga dari 3-4 angka per malam! Semua hotel di sana, tergantung di tebing-tebing besar dan semuanya mempunyai pemandangan yang cantik dan kolam renang yang menakjubkan, tetapi tiada pantai. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menginap berdekatan dengan laut anda boleh tinggal di Kamari, Perivolos atau bandar-bandar Perissa. Kami juga mencadangkan anda cuba menginap di kampung-kampung seperti Emporio dan Pyrgos yang sangat indah. Terutamanya Pyrgos yang mempunyai beberapa pandangan indah di bahagian lain pulau ini (bukan caldera dan gunung berapi).

7. Bilakah masa terbaik untuk melawat Santorini?

Musim kemuncak bermula dari bulan April dan berakhir pada bulan November. Sudah tentu pulau ini sangat sibuk pada bulan-bulan ini terutama sekali pada bulan Julai dan Ogos. Ohh begitu sesak! Jadi masa yang paling sempurna untuk melawat Santorini adalah pada akhir September atau awal Oktober. Cuaca masih baik dan tidak terlalu panas (sekitar 20-25 Celcius), air laut masih hangat (dari musim panas) dan kebanyakan pelancong sudah mula berkurangan. Itu tidak bermakna tiada siapa di pulau itu. Ingat, ia masih Santorini! Bulan Jun juga merupakan bulan yang sangat baik untuk melawat Santorini kerana ia masih di awal musim panas, cuaca luar biasa (walaupun ia boleh menjadi agak panas, kadang kala lebih daripada 35 Celcius!) dan kebanyakan pelancong belum tiba lagi.

8. Adakah penerbangan terus ke Santorini?

Sudah tentu ada! Tetapi hanya jika anda melancong dari dalam Eropah, malangnya. Penerbangan terus dari lokasi utama Eropah ke Santorini bermula pada bulan April dan biasanya berakhir pada bulan Oktober. Laman web yang terbaik untuk melihat semua penerbangan yang ada adalah “Expedia”.

9. Adakah Santorini sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga?

Santorini dan Greece adalah tempat yang sangat selamat. Santorini khususnya adalah tempat yang sangat mesra keluarga dan menyediakan semua kemudahan pelancongan untuk keluarga. Semua hotel di Santorini sangat selesa bagi mereka yang sudah berkeluarga. Selain itu, tempat-tempat seperti Kamari dan Perissa dengan “long beaches” boleh menjadi tempat yang sempurna untuk kanak-kanak bermain di tepi pantai berhampiran dengan restoran dalam persekitaran yang mesra dan santai.

10. Berapa hari anda perlu menghabiskan masa di Santorini?

Santorini adalah pulau Greece yang agak kecil tetapi ada banyak perkara yang perlu dilihat dan dilakukan! Cadangan kami ialah jangan habiskan masa di Greece atau di pulau-pulau Greece yang lain, gunakan 50% masa hanya di Santorini kerana anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 malam di Santorini. Oleh itu, jika anda ingin menghabiskan 10 hari untuk percutian di Greece, cuba luangkan sekurang-kurangnya 5 hari di Santorini.

11. Santorini vs Mykonos

Mykonos adalah sebuah pulau parti dengan pantai berpasir yang sangat bagus dan panjang (tidak ada pantai berpasir di Santorini malangnya). Ia menjadi tempat percutian selebriti sejak tahun 60-an dengan beberapa kelab malam dan bar musim panas terbaik di Eropah. Santorini pula adalah tempat yang berbeza sama sekali. Ia lebih romantic dan santai.

12. Perlukah anda melawat pulau-pulau Greece yang lain daripada Santorini?

Sudah pasti boleh!! Dan sebenarnya ia adalah salah satu perkara yang perlu anda lakukan semasa berada di Santorini. Sebenarnya, anda boleh menggunakan Santorini sebagai pengkalan anda untuk menerokai pulau-pulau indah Greece yang lain. Di sini kami menyediakan 4 pulau menarik di Greece yang boleh anda lawati selain Santorini: Naxos, Paros, Folegandros, Ios dan pulau-pulau Anafi.

13. Di manakah tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam di Santorini?

Tentu sekali Oia! Anda sememangnya perlu melihat matahari terbenam sekali dalam seumur hidup anda di Oia. Tetapi secara jujur, semua pemandangan matahari terbenam menakjubkan di mana-mana sahaja jika anda berada di Santorini! Selain itu, Akrotiri dan Pyrgos (kafe di puncak perkampungan) boleh menawarkan pengalaman matahari terbenam yang sangat berbeza dan begitu indah.

14. Apa yang terbaik untuk disewa di Santorini: ATV, motosikal atau kereta?

ATV adalah sangat biasa di Santorini tetapi ia kurang selesa untuk digunakan lebih dari 10 minit (dan anda perlu menaikinya lebih daripada 30 minit dalam beberapa situasi seperti untuk ke Perissa dan Oia (pergi dan balik). Walau bagaimanapun, anda sememangnya memerlukan sebuah kenderaan semasa di Santorini, dan kereta adalah yang terbaik! Bas juga boleh digunakan dan ia boleh membawa anda ke mana sahaja anda mahu pergi, tetapi tidak akan memberi anda peluang untuk meneroka pulau ini dengan cara yang terbaik. Anda boleh menggunakan teksi, tetapi ia mungkin lebih mahal dan agak sukar untuk mencari teksi yang boleh menjemput anda di mana sahaja anda berada. Jadi menyewa kereta adalah yang terbaik. Menyewa sebuah kereta di Santorini berharga sekitar 40-50 euro sehari. Sekiranya bajet anda rendah, anda boleh menyewa motosikal sahaja.

15. Apakah mata wang di Santorini? Bolehkah anda menggunakan mesin ATM di pulau itu dengan mudah?

Mata wang Santorini adalah mata wang Euro (mata wang Greece). Anda boleh menjumpai beratus-ratus ATM di seluruh pulau ini, di mana anda boleh menggunakan kad Visa, Maestro atau American Express. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan agar anda sentiasa membawa wang tunai, untuk membayar makanan dan sebagainya kerana kad tidak diterima di semua tempat. 90% hotel akan menerima bayaran melalui kad tetapi ianya agak mahal.

16. Bolehkah saya membeli-belah di Santorini? Di mana?
Jika anda ingin membeli-belah, Fira adalah tempat yang terbaik. Terdapat beratus-ratus kedai cenderahati, galeri seni dan kedai-kedai produk tradisional di Fira. Oia juga mempunyai pilihan beberapa kedai seni dan kejiranan yang sangat menarik. Ia juga mempunyai kedai buku yang sangat menakjubkan.

17. Apa yang perlu anda lakukan semasa berada di Santorini?
- Pergi ke “Red Beach”
- Lawati perkampungan Oia yang unik
- Melihat matahari terbenam di bukit Profitis Ilias (ya bukan dari Oia)
- Tidur (dan berenang) di rumah gua tradisional (cave house)
- Cuba menikmati makanan tempatan yang popular “local fava beans”
- Pergi belayar dan menyelam (mana tahu anda boleh menemui Atlantis!)
- Lawati perkampung Pyrgos yang menakjubkan
- Lawati tapak arkeologi Akrotiri
- Lawati beberapa istana dan kubu Santorini yang luar biasa
- Berenang di “Black Beach” di Perissa dan Perivolos
- “Trail hiking” antara Oia dan Fira
- Lawati Ammoudi Bay
- Berenang di "White Beach" (atau "Vlychada")
- Berenang di “Kamari Beach”


Kami berharap dengan tip-tip yang kami berikan ini, anda boleh menggunakan masa dengan lebih baik ketika berada di Greece. Selamat bercuti!

TIPS PERCUTIAN DI BANDAR PARIS


Seperti yang dikatakan oleh Audrey Hepburn dalam filem Sabrina, "Paris is always a good idea". We couldn’t agree more! Sama ada anda menganggap ia sebagai bandar cahaya, bandar cinta atau salah satu destinasi “bucket list” anda, bandar Paris pasti akan meninggalkan kenangan indah dan anda pasti akan datang ke Paris berulang kali. Daripada berjalan-jalan di sepanjang Champs-Elysees, berkelah di Place des Vosges dan melawat Louvre. Kami mempunyai beberapa tip yang akan membantu anda memanfaatkan hari-hari anda ketika berada di Paris.

1. MENGINAP DI LUAR KAWASAN TUMPUAN PELANCONG

Di sini kami tekankan, jangan memilih kawasan yang terlalu sibuk untuk menginap. Contohnya, di sekitar Champs Elysees, berhampiran Louvre, Tuleries, dan lain-lain. Semua tempat ini memang indah di Paris, tetapi anda akan menikmati pemandangan Paris yang lebih baik jika anda menginap di tempat lain di bandar Paris. Tambahan pula, harga di kawasan tumpuan pelancong adalah terlalu mahal dan sesak dengan pelancong. Ohh tidak!

2. HANYA MEMBAWA KASUT YANG SELESA

Ini adalah SATU ISU BESAR dan juga merupakan satu kesilapan yang mudah sekali untuk dibuat. Iklim di Paris boleh menjadi agak panas semasa musim panas, jadi anda mungkin tidak perlu untuk memakai kasut yang terlalu tebal pada waktu ini. Pastikan anda membuat keputusan mengenai kasut apa yang anda akan bawa beberapa minggu sebelum anda pergi, dan pakai beberapa kali sebelum itu. Ini adalah untuk memastikan kaki anda telah biasa dengan kasut yang akan anda bawa ke sana nanti.

3. LIHAT HARGA MENU MAKANAN DI MANA-MANA

Sekiranya anda telah “over-budget’ semasa berada di Paris, pastikan anda menyemak menu sebelum anda duduk. Satu keindahan di Paris, menu makanan sesebuah restoran biasanya diletakkan di luar restoran, dan biasanya ada beberapa menu yang terletak di atas meja di tepi laluan pejalan kaki. Anda boleh dapati bahawa harga untuk sesuatu makanan boleh berubah secara drastik dari blok ke blok.

4. SENTIASA SEDIAKAN LAYER EXTRA (JACKET)

Paris (dan sebahagian besar Eropah) memang dikenali dengan cuacanya yang tidak menentu. Seketika anda di sana, cuaca baik sekali disinari matahari, tetapi sebaik sahaja anda berada di tempat yang agak teduh, ia boleh menjadi sangat sejuk! Pastikan anda memeriksa cuaca sebelum keluar pada waktu pagi, dan sila sediakan pakaian extra di dalam beg anda!

5. BELI TIKET MELAWAT LOKASI TUMPUAN PELANCONG LEBIH AWAL

Sebenarnya anda tidak perlu merancang apa-apa untuk ke kota Paris. Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang paling teruk tetapi yang terbaik di kota ini yang perlu anda rancang dengan teliti. Maksud kami, Menara Eiffel? Anda mesti melihatnya! Versailles? Ia satu kemestian! Tetapi menunggu dalam barisan berjam-jam? Sememangnya bukan satu pilihan! Untuk mengelakkan perkara yang paling teruk dan mendapat perkara yang terbaik daripada yang terbaik. Apa yang anda perlu lakukan ialah menempah terlebih dahulu. Anda perlu membeli tiket Eiffel Tower beberapa minggu sebelum lawatan. Jika anda ingin melawat Versailles, beli tiket lebih awal di laman web dan tiba tepat sebelum pintu dibuka!

6. BERJALAN KAKI DAN GUNAKAN SUBWAY UNTUK KE MANA-MANA

Di Paris, anda boleh gunakan kereta api bawah tanah untuk ke mana-mana. Ia mengambil masa maksimum 20 minit untuk ke mana sahaja anda mahu pergi di dalam kota metropolitan ini. Masanya sama sahaja jika anda mengambil Uber di jalan raya. (Ya, mereka ada Uber di sana. Hooray!). Selain itu, berjalan kaki di bandar ini adalah pengalaman yang paling menakjubkan, kerana ia adalah cara terbaik untuk meneroka Paris! Sekali lagi, kami tekankan betapa pentingnya kasut yang selesa.

7. BERKAWAN DENGAN MASYARAKAT SETEMPAT

Salah satu keseronokan melancong adalah bila dapat bertemu dengan orang baru. Walaupun anda bukan jenis yang mesra, pasti anda akan mula berinteraksi dengan masyarakat setempat dan pelancong asing yang lain jika anda keluar berjalan-jalan. Dengan ini, anda boleh mendapat lebih informasi dan cadangan mengenai tempat-tempat menarik, atau restoran yang terbaik di kota ini. Memang menyeronokkan bila dapat berkongsi cerita, mempelajari cara hidup mereka, dan mengenali orang baru.


Dengan tip-tip ini kami berharap anda dapat bercuti dengan gembiranya di Paris. Selamat bercuti.. Bonjour!