IZARA AISHAH SAH ISTERI ADIB KHALID DENGAN SEKALI LAFAZ
Aktres jelita Izara
Aishah, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak
tiri kepada penyanyi NOMBOR SATU negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan
sekali lafaz tepat jam 9 malam semalam.
Pada majlis yang
diadakan di satu lokasi di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin RM700
berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Jumlah wang hantaran
bagaimana pun dirahsiakan. Sementara itu, Izara membalas dengan tujuh dulang.
Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai. Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Izara berkata, dia bersyukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan berjalan lancar.
“Alhamdulillah,
sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar
sebelum acara bermula. Namun, apabila Adib selesai melafazkan akad nikah, baru
saya berasa lega.
“Apa yang pasti, bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapkan semoga rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik.
"Doakan yang terbaik buat kami,” pintanya.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.
Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pihak perempuan setelah acara akad nikah.
Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings_Rizalman itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.




